Welcome to the world of Danish & Dania

By: Danish Aiman and Dania Aliesya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Apr-2008 14:54 Email | Share | Bookmark
4th Anniversarry : Part 2 - ASBTAR vs Sri Semai Bakti

Peninggalan sejarah ASBTAR
Entrance gate
Pagar belakang
Back side gate
Danish & Dania
Lobby vs Aspura
Tangga Lobby
 
Dewan makan - inside
Aspura Domitory
ASpuri Domitory
Guard House
Lobby vs Aspura
Tuition & Prep Room
 
Prep room
Entrance gate
Tugu Unggul
Tuition Room
Laundry facilities
Laundry Facilities
Warden House
Panorama 1
Panorama 2
Panorama 3
Panorama 4
Panorama 5

12 tahunnn...!!!! Lebih dari satu dekad rupernyer mama tak pernah menjenguk ASBTAR & Kuantan. Kali terakhir mama ke ASBTAR pada tahun 1996 sebelum berlepas utk further study ke Jepun. Ketika mama berkunjung ke ASBTAR waktu itu, sempat menginap satu malam di Dorm D, dorm yang mama duduki ketika Form 5 (1990-1994). Mama masih ingat lagi sewaktu menginap di sana ramai jugak junior2 dari dorm lain yang berkumpul tidur kat 'ruang legar' dorm D. Jadi malam tu ada la sedikit sessi 'ceramah motivasi' yang tak berapa formal . Terima kasih pada K.Ani, warden aspuri pada waktu itu kerana memberi green light utk bekas pelajar cam mama ni menginap kat saner. Dan juga tak lupa pada Puan Raja Azian bekas guru disiplin merangkap guru mentor mama masa sekolah dulu kerana sudi menyediakan 'transport' & 'penginapan' tambahan serta jalan-jalan makan angin di Kuantan. Kem salam kat mama yer Ezwan!

Papa pula kali terakhir pernah menjejakkan kaki ke Kuantan selepas tamat degree iaitu ketika mencari peluang pekerjaan disana. Itu pun kira-kira 7-8 tahun yang lepasss! Nasib baik papa tak dapat kerja kat Kuantan nunn, kalau tak hari ni entah2 mama & papa tak duduk sebumbung agaknyer.. hik hik!



Kesimpulannyer, kunjungan ke ASBTAR & Kuantan kali ini amat bermakna & bernostalgia sekali.
Sebaik menjejakkan kaki ke bumi ASBTAR, yang kini telah pun dibangunkan semula di atas nama Sri Semai Bakti, hati begitu terpegun ! Terpegun melihat bangunan yang didirikan terlalu berbeza dgn ASBTAR dulu. Lebih cantik dan gah. Setelah meminta kebenaran masuk dari security guard yang bertugas, kami terus mencari TUGU!! Adaaaaa..!! hanya inilah satu-satunyer tanda peringatan yang di kekalkan di Sri Semai Bakti kini. Walaupun kelihatan sedikit usang tapi bersyukur kerana sekurang-kurangnyer masih ada lagi 'artifak' zaman ASBTAR yang di simpan. Dengan bantuan dari 2-3 orang junior yang berlegar di sekitar bangunan, dapatlah kami bergambar sekeluarga di tugu peringatan ini. Tak sangka kami dapat kembali ke sini bukan berdua malah berempat!! Alhamdulillahhh..


Lobby Sri Semai Bakti

ASBTAR dulu vs Sri Semai Bakti sekarang
Kami meninjau bangunan baru. Lobi yang lebih luas, dewan makan yang lebih luas, dewan serbaguna yang juga lebih luasss serta lengkap dengan court badminton.. pendek kata semuanya lebih luassss.... Sempat jugak mama melawat dorm aspuri dan bersembang-sembang dengan adik-adik disana tentang perkembangan terbaru Sri Semai Bakti.
Menurut mereka, pengambilan pertama ialah pada tahun lepas, 2007 iaitu pelajar Form 1, Pelajar Form 2 serta pelajar Form 4. Tahun 2008 pula pengambilan pelajar Form 1 & Form 4 maka lengkaplah semua peringkat pelajar dari Form 1 hingga Form 5 tahun ini. Antara perkembangan lain mama simpulkan disini


Domitory Aspuri


Domitory Aspura


Dewan Makan yang lebih luas

Quote:
ASBTAR dulu
- Pelajar di hantar ke sekolah-sekolah seperti SMTA, SMAP, SMART, SABA, MGS, St Thomas.
- Ada gym sukan yang di lengkapi kemudahan seperti court badminton, tapak utk activiti bebas seperti Taek Won Do. Selainnyer disediakan Valley ball court, Netball court termasuk padang bola
- Dewan makan juga berfungsi sebagai Dewan untuk acara2 lain seperti assembly etc.
- Kalau outing pandai-pandai la sendiri - Jalan kaki meredah workshop2 yang bersepah setentang dengan guard house tu. Ingat lagi tak?
- Basuh baju hand-wash. Masih ingat lagi para & singki basuh baju yang ala-ala 'unik' tu. Tidak pernah ku jumpa yang sepertinyer...
- Domitory double storeyy jekk. Puteri 4 Dorm, Putera 4 Dorm. Satu dorm dimuatkan sehingga 40 orang pelajar menggunakan katil 2 tingkat. Junior katil atas, senior katil bawah. Saper yg pernah jatuh katil tuu..!
- TV box di Aspuri diletakkan didalam surau. Bermaksud hanya pada waktu tertentu sahaja dibenarkan menonton TV. Jadual menonton lebih ketat.
- Bilik tuition merangkap bilik prep pelajar puteri dan terletak di bawah Dorm puteri.
Maka nya bila ada tuition, pelajar putera akan masuk ke bilik tuition/prep tu lah.. emmm, macam tak sesuweiii je kan
- Sungai Kuantan betul-betul bertebingkan pagar belakang Aspuri. Pagar dawai je pulak tu.
Jadi suasana belakang dorm tu memang amat menyenang dan menenangkan. Ada wakaf dan kerusi diletakkan dibawah2 pokok untuk lepak2, study or kadang2 tapau tray lunch dari kantin dan makan
tepi pantai berteman kan permandangan muara sungai kuantan dan desiran ombak yang menghempas pandaii. Sungguhhhh mengasyikkan. Aspura pulak, tembok batu jekk.. kesiannn iskk iskkk. Naper ek, kalau pagar dawai takut kena potong kottt. pagar tembok pun ader je yg 'fly' hhehehe.



Tugu unggul


Pagar belakang - tepi sungai kuantan. Sayup-sayup je nampak sungainyer

Quote:
Sri Semai Bakti sekarang
- Pelajar-pelajar di hantar ke sekolah SMART, SABS, SMKA & ASTANA sahaja. Semua sekolah campur. Bermaksud, penghantaran pelajar ke sekolah2 seperti MGS, St Thomas dan SMTA di mansuhkan.
- Tidak ada gym sukan. Tetapi court badminton di letakkan sekali di dalam dewan serbaguna yang lebih luas. Lain-lain court, tak perasan la pulak
- Outing ada bas asrama yang disediakan untuk menghantar dan mengambil para pelajar di satu2 lokasi pada masa yang ditentukan.
- Di Laundry area disediakan dengan washing machine berbayar. Amboiii.. bestt nyerrrr..!
- Land area asrama di bahagian tepi tebing sungai kuantan di anjak beberapa meter ke darat. Kemudian dinaikkan tembok batu di selangkan dengan pagar besi di beberapa area. Bermaksud junior-junior sekarang tak dapat la merasa desiran angin laut dan alunan ombak menghempas pantai macam kami dulu-dulu.
- Lokasi bilik-bilik tuition & bilik prep lebih tersusun. Di dalam bangunan dorm sendiri di sediakan satu bilik study lain.
- Untuk Dorm puteri, juga ada satu bilik khas di panggil bilik TV. Sebab dulu Dorm putera je yg ada bilik TV.
- Domitory 4 tingkat! Amboiiii tingginyerrrrr. Satu Dorm 16 orang tapi bersambung dengan Dorm-dorm sebelah.. maksudnyer ada pintu kat tengah yang sentiasa terbuka untuk bergerak dari dorm ke dorm.
Katil setingkat dan setiap dua katil dibuatkan partition setinggi paras pinggang. Hmm.. yg ni mama musykill sikittt... menarik ke? Gambar takleh nak publish sebab sensored sket.. maklumla ari cuti kann.



Melangkah pulang....




Permandangan Sri Semai Bakti dari Jambatan ke Tanjung Lumpur. Mencabar nak snap gambar ni tau!

So itu jelah sedikit sebanyak yang dapat mama paparkan & ulaskan di sini... panjang lagi cerita tapi takut korang pulak tertidur sambil baca . Harapan mama moga dapatlah warga bekas pelajar ASBTAR melepaskan rindu pada ASBTAR di sini...

Untuk perkembangan lain di Sri Semai Bakti, boleh lah layari
http://alumniasramafelda.blogspot.com

Akhir kata, majulah Sri Semai Bakti untuk negara. FELDA BOLEH..!!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net