Welcome to the world of Danish & Dania

By: Danish Aiman and Dania Aliesya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Apr-2008 02:03 Email | Share | Bookmark
4th Anniversarry : A journey to remember the past

Dear all,
Thank you so much for all your anniversarry wishessss..!!!!

Perjalanan bercuti ke cherating dan kuantan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 sungguh mengujakan! Apatah lagi, perjalanan bermula pada 29hb, iaitu hari yang hanya muncul 4 tahun sekali pada tahun lompat. Dalam perjalanan seronok mendengar celoteh Aznil di radio berkisar tentang harijadi & ulangtahun di tahun lompat ini. Almaklum, kami juga mempunyai kenangan manis pada tarikh istimewa tersebut!

Pulang ke Kuantan bukan kerana ingin sangat melihat pada permbangunan dan kemajuan yang ada tapi lebih kepada nostalgia selama 5 tahun membesar sebagai remaja di sana suatu ketika dahulu! Setiap sudut bandar menyimpan kenangan tersendiri lebih lebih lagi di ASBTAR yang telah di lupuskan dan dibangun kan semula dengan nama Sri Bakti. *gambar akan di upload utk part 2 nanti..tunggguuuuu!!!* sekolah & juga benteng di tepi muara sungai kuantan! Teringat dulu selalu pekena nasi ayam & ABC kat situ!!!



Quote:
Percutian selama 3 hari 2 malam tu lebih kepada aktiviti melepak, bersantai & ronda-ronda
29hb Feb
- Bertolak dari rumah, merentasi karak highway, MTD ke arah pantai timur
- Layan borak ngan papa sambil dengar Celoteh Aznil di radio ERA. Cuba call tapi tak dapat nak tembus taliannn he he he
- check in hotel *Terima kasih byk2 pada Rusma untuk hotel arrangement*
- petang hujan.. so lepak2 kat bilik sambil bancuh milo panasss & sandwich sardin/snack
- malam keluar pi makan ikan pari bakar




Quote:
1hb Mac
- Sarapan pagi. Sempat terjumpa member mama sefamily-Ujen yang kebetulan ada family day di hotel dan hari yang sama jugak !.
- Terjun pool! Nyaris-nyaris Danish tak nak naik berendam sakan. kalau idak alamat tak sempat le meronda kuantan
- Before tengahari keluar
- Lunch di Beserah
- Ronda taman teruntum. Pergi melawat mini zoo
- Pergi melawat ASBTAR yg sekarang di kenali sebagai Sri Semai Bakti. Dah siap bangunan baru yang jauh lebih cantik
- Ronda bandar Kuantan, tengok Sekolah mama & papa... banyak yang dah berubah!
Teringat dulu kedai buku paling suka pergi - Hamid Bros, kalo nak ngulo beli barang - Tunas Manja dekat SABS/SMAP& kompleks teruntum!! nyaris2 lupa dah yang ni... ehehheheheh
- Penat pergi tea break kat benteng pulak. Pekena mee goreng & ABC sambil menghirup udara muara sungai kuantan... perrrghhhhhh!!!! sangat best dan bernostalgia
- Balik benteng pergi lepak kat Teluk Cempedak sambil menikmati udara laut china selatan. Bukan main nyenyak Danish dan Dania tidur di buai bunyi ombak yang menderu menghempas pantai
- Dua-dua tidur, mama & papa pun leh la dating, sembang2 sambil menjamu mata dengan keindahan persisiran pantai pekena pulak keropok lekor goreng panas-panass!! Perrghhh... habis 2 bungkus !!
- Malam kami ke Tanjung Lumpur. Cari Satar dan restoran makanan laut. Satar dah habis!!! Kami singgah ke sebuah restaurant bernama 'PHUKET"... juadah memang amat menyelerakan dengan harga berpatutan. Pekena ikan bakar lagi la!!!
- Sampai hotel lepak2, tidur.... bilik cukup selesa. Ada satu sofa besar utk jadi Katil Danish. Ada baby cot untuk Dania. Bagus betul! Selamat malam...! Zzzzzzzzzzzz








Quote:
2hb Mac
- Bersarapan pagi di balkoni hotel sambil menikmati keindahan pantai
- 2nd session terjun pool. Dania pun celup dalam air jugak
- Bukan main seronok Danish layan 'polo' kat dalam kolam ehhehhehe
- Dah penat, Dania sampai tertidur. So balik bilik
- Danish sambung berendam dalam bath tub pulak
- Berkemas , bersiap & check out
- Menuju ke Kuantan.. cari Satarrrr!!! Cuba kedai pertama, belum masak.. uhuk!
Kedai ke-2 beli RM3 - dapat la 12 ketul
- Still tak puas hati, pusing balik ke Tanjung Lumpur sebab teringat yg semalam orang ramai nak beli dah habis. So kali ni dapat beli lagii RM3 - 12 ketull.. mama pulun dalam kereta.. sedappnyerrr! nikmattnyerrr!!
- Lunch pusing2 kuantan nak carik kedai makan yang best. At the end, still rasa Benteng tu jugak yang besttt!! muahahhahahha. So pergi Benteng balik, makan Nasi Ayam & ABC!!!
- Lepas makan , bertolak pulang ke rumah. Seronok sangat sangat!!!..!!!







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net