Welcome to the world of Danish & Dania

By: Danish Aiman and Dania Aliesya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 1-Sep-2007 08:27 Email | Share | | Bookmark
Welcome to the world, Dania Aliesya..!

Hoorayyy..!! danish dah ada adikk!
Buka pun mata... cakkk!
3 Jam selepas dilahirkan
View all 12 photos...


Alhamdulillah.. Mama Danish dah selamat melahirkan seorang puteri, berat 3.4kg pada 1hb Sep 2007, Sabtu di Hospital Putrajaya secara normal. Kami berikan nama puteri kami
Dania Aliesya yang bermaksud - Yang dilindungi tuhan lagi menyenangkan
Semoga menjadi permata hati yang sentiasa mengembirakan dan menyenangkan hati mama & papa. Aminnn...

Behind the scene :
Sebenarnya, 31 Aug tu mama ada jugak sebut pada baby. '.. kalau baby nak keluar hari ni pun mama tak kisahh...' Best jugak kalau lahir hari merdeka kan! Tapi sampai ke malam tak ada apa-apa tanda. Atuk dan Nenek dah standby sejak 30hb lagi. Malam tu tidur macam biasa. Subuhnyer tu mama terjaga sebab Danish merengek nak susu.. waktu tu lebih kurang pukul 5:30pagi. Papanyer yang bangun buatkan susu. Mama sambung tidur balikk.. lepas tu
dalam pukul 6:00pagi mama terjaga. Rasa macam sakit pinggangg... tapi datang dan hilang. Mama pejam mata balik... sakit tu datang lagi. Bila mama tengok jam betul-betul, sakit tu datang setiap 5 minit sekali.. 6:20 - 6:25 - 6:30 pagi.. eh, Mama pun suspen & berdebar-debar jugak. Tak kan tiba-tiba je dah contraction 5 minit sekali kott... ni macam dah nak bersalin jekkk. Lain-lain tanda takde. So Mama pun bangun pelan-pelan, mandi dan solat.. lepas tu mama kejutkan papa. Cakap kat papa, mama dah sakit 5 minit sekali ni.. jom pergi cek kat Hospital. Gitu gini gitu gini... sempat jugak mama sarapan dulu kat rumah. Dalam pukul 8++ pagi mama & papa bertolak dari rumah. Danish yang masih tidur tinggal ngan atuk & nenek kat rumah. Kat dalam kereta mama dah tak boleh duduk dah dek sakit pinggang tuh. So mama baring mengiring kat kerusi belakang (tak muat pun dimuat2kan heheh) sambil selawat dan berzikir apa-apa yang patut..

Lebih kurang pukul 8:30 kitaorang sampai kat bahagian Wad Bersalin Hospital Putrajaya. Masa tu ada seorang yang sedang menunggu untuk doc check. Bila sampai turn mama, doc kata dah buka 5cm so terus air ketuban dipecahkan. Lebih kurang pukul 8:45pg mama terus ditolak masuk ke labour room.

Sakit contraction makin datang kerap.. doc pun kejap-kejap datang cek. Tak lama bila dah buka 8-9 cm papa pun dipanggil masuk ke labour room dan duduk disisi mama meneman dan memberi semangat! Mama pun sebenarnya waktu tu bila bidan yg menyambut baby suruh mama teran, mama pun macam iye tak iye jekkk.. baru setengah jam duduk dlm labour room, tu pun nasib baik sempat sampai hospital! Dipendekan cerita, setelah bertarung nyawa beberapa ketika, tepat pukul 9:28 pagi, dengan bantuan papa disisi dan 5 orang nurse/bidan yang agak gamat memberi kata-kata semangat yg lebih kurang berbunyi
'teran lagi..! sikit lagii..!! haa.. ambik nafass..teran lagi.. terannnn..!!!!',
puteri mama & papa pun selamat dilahirkan... yang kelakarnyer, mama pun siap bagi signal bila terasa contraction tu datang pas tu gamat ler nurse2 tu balas suh teran.. dan terann lagi..hehe.
Bila terdengar tangisan baby terus lega mama rase. Nurse-nurse kat situ siap tanya.. 'tengok tu baby lelaki ke perempuann..?' sambil tunjuk baby kat mama. Mama tengok dan tersenyum sambil mengangguk.. nurse tanya lagi'.. cuba sebut - lelaki ke perempuan'?. Bila mama sebut 'perempuan.. 'barulah nurse berpuashati dan letakkan baby atas perut mama sekejap lepas tu barulah baby dibersihkan disebelah mama...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi yang Maha Esa kerana memudahkan process bersalin kali ini. Dah sepasanggg dahh... Danish dulu lahir seminggu terlewat dari EDD. Ingatkan Dania pun lebih kurang cam tu jugak rupa-rupanya keluar 4 hari awal dari EDD. Mama sempat bisik kat papa ' Macam tak percaya je, dah selamat lahir dah baby kita..' Papa tersenyum dan kucup dahi mama penuh kesyukurannn...syukrann!!!


Friday, 31-Aug-2007 03:21 Email | Share | | Bookmark
August 07' vs Merdeka


First of all, Mama Danish nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh pelawat fotopages khasnyer dan seluruh warga Malaysia amnyer. Alhamdulillah, dah 50 tahun negara kiter Malaysia mencapai kemerdekaan dan sehingga ke hari ini rakyat hidup aman dan harmoni.. tidak ada peperangan dan letupan bom disana sini seperti yang berlaku
dibeberapa negara di timur barat. Keamanan sesungguhnya satu nikmat yang patut disyukuri. Alhamdulillah, kita dapat menikmati hidup yang tenang dan bahagia disamping suami & anak-anak tercinta serta keluarga dan sahabat handai ditanahair sendiri. Semoga kita sentiasa dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan ekonomi yang yang kita kecapi hari ini sehingga ke generasi2 yang akan datang.

Bercakap tentang kemerdekaan... ada satu cerita tentang Danish dan kemerdekaan. Pada bulan kemerdekaan tahun lepas, mama berikan Danish bendera Malaysia yang untuk lekat pada kereta tu dan selalu ajar kat dia sebut 'Merdeka !!!' sambil kibarkan bendera tuh. So Danish selalulah main dengan bendera tu sambil laung ' ... kaa!!!' = 'Merdeka'. Sejak dari tu, tak kira la kat mana Danish berada, kalau dia nampak bendera dia akan laungkan '..de.kaa!!' (which means Merdeka). Kadang-kadang tengah jalan dalam kereta tiba-tiba dia sebut '....de..ka!! ' dan kitaorang tahulah mesti dia nampak bendera somewhere.. ada sekali tu kitaorang pergi makan kat Chiken Rice Shop kat Giant Bandar puteri. Tiba-tiba dia sebut '...de kaa!!'. Kitaorang pun cari lah, ade ke bendera Malaysia kat situ.. rupa-rupa Danish terpandang logo Giant yang ada gambar bendera.. saborr je laaa. Alert sungguh Danish kalau nampak bendera Dan Merdeka tahun ni, Danish dah pun boleh pronouce Merdeka dengan lebih proper. Dah boleh sebut full term 'Me-deka!!!' dan dah boleh menyanyi rangkap pertama lagu merdeka yang pernah didendangkan oleh allahyarham Sudirman.

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia.. hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka.. merdeka!!


Makanyer dekat-dekat hari merdeka ni makin keraplah dia laung 'Merdeka!!' tu dalam kereta sebab banyak sungguh bendera yang digantungkan dikiri kanan jalan. Apatah lagi kalau pergi Putrajaya. Lagilah jenuh sebab banyak bendera yang di gantung kat tiang-tiang lampu tu kan... doa mama moga bila Danish besar nanti, bukan setakat boleh melaungkan kemerdekaan tapi Danish akan dapat menghayati dan menghargai erti kemerdekaan tu sendiri...


So berbalik kepada perkembangan Danish pulak. Bulan ni Danish masuk 2 tahun 4 bulan (080807). Danish dah nak jadi Abang dah... Danish memang rajin cium perut mama, kiss baby dia. Kalau tanya baby mana? Danish akan gosok-gosok perut mama sambil sebut baby. Sebelum tidur Danish akan kiss pipi papa kiri kanan, pipi mama kiri kanan dan akan bangun kiss perut mama...
Sayang betul Danish kat coming soon baby dia tapi ade kalernyer, Danish pulak yang berlakun jadi baby. Baring kat pangku mama or papa, tangan kiri kanan bawak ke mulut lepas tu buat suara mcm baby.. cakap yang tak berbutirrr.. iskkk iskk iskkk sabor je laaa..

Masuk 2 tahun 4 bulan ni Danish dah makin independent. Dah pandai makan sendiri dan kurang berkecahnye... kalau suap makanan dengan sudu muka macam nak termasuk dalam pinggan! Tu yang kurang berkecahnyer kalau dia makan sebab nasi yang jatuh masuk balik dalam pinggan.Hobi terbarunyer ialah menghafal lirik lagu.. kekadang lagu yang baru dia tengok kat TV pun dia boleh ala-ala ikut menyanyi.. biasanyer part yang hujung je la Danish sambung. yang awal-awal tu tak berbutir punnn... hehehheheheh ABC pun dah hafal dah.. walaupun still ade 2-3 character yang tertinggal... Dah belajar pakai seluar sendiri dan dah makin bolehdi ajak bersembangg


Monday, 20-Aug-2007 07:24 Email | Share | | Bookmark
Diary 'baby'

20W + 3D
26W + 1D
Entry kali ni nak update pasal 'baby' Danish pulak.



This week 'baby' dah nak masuk 38 weeks.... ada 2 minggu lagi..suspen pulak raserr..huhuhu.
Ni cerita last week.. masa tu baby 36week nak masuk 37 la kan. 2 minggu lepas kami anak beranak tak berapa sihat. Start dengan Danish la, batuk & selsema.. dapat dari baby sitter da punya family (pun anak beranak jugak kena). Mama macam biasa la, kalau Danish kena sehari dua lepas tu Mama pun 'dapat' le penyakit berjangkit nyerr tuh. Raser pregnant kali ni ni dah kali ke-5 la mama kena Batuk, selsema yang mana biasanyer tak baik seminggu dua.. mau makan bulan sampai kekadang Danish dah baik & kena balik mama pun belum baik lagi.. sabor je la, ohok!

Kali ni pon mama rasa teruk jugak mama punya batuk & selsema sebab kena yg jenis berkahak.
Dah la yg berkahak jenis berketul hijau tu haa.. seksanyerrr la especially kalau tidur malam. Kejap-kejap terjaga sebab nak buang kahakk tu.. dah hijau berketul cam tu tak kannnn le mama nak telann balikk..ohok!!!

So nak dijadikan cerita, last week balik kerja sampai je kat rumah mama pun terbatuk2 la cam biasa. Batuk punya batuk sampai mama termuntah..! Jadi mama yang baru je melangkah masuk ke rumah masa tu terus la bergegas ke toilet nak hambur dalam singki la kononnyerrr. Entah macamana, belum sempat capai singki tu mama dah tergelincirrrr, jatuh terduduk dan terus terbaring kat lantai bilik airrr... masa tu punya la senak perut mama.. aduhhhh! Mama yang dah terbaring terus la menjerit panggil papa. Papa pun punya la terkejut tengok mama dah terbaring kat lantai bilik air tuhhh..Papa pun terus tolong papah mama bangun. Masa tu sakit perut, sakit pinggang sakit tulang pelvik pun ada dek terjatuh tu.. Mama pun dah panik2 jugak ni.. takut apa2 jadik kat baby. Ye la kan selalu kalau tengok kat Drama TV tu perempuan mengandung kalau jatuh terus la tumpah darah ke aper ke kann.. nauzubillahhh...!

Mengalir jugak ler air mater mama dek sakit dan risau kat baby. Masa tu maghrib so terus cari no tepon doc and call. Cakap kat doc, mama pregnant 36 weeks ni, kalau jatuh terduduk kat bilik air camtu apa yg nak kena monitor. Doc advice check kalau ade bleeding or tanda-tanda air ketuban pecah ke. Then monitor baby movement dalam masa 2-3 jam.... Mama check - takde bleeding or tanda air ketuban pecah ke. Cuma mama rasa baby kurangg bergerakk.. senyappppppppppppppp jek. Lepas maghrib tu terus siap2 pergi check baby. Jumpa doc dan doc scanned baby, check heart beat semua. So far, doc kater baby punya heart beat OK. Air ketuban pun OK & kedudukan uri pun OK. Baru le lega sket hati mama...sampai malam dan esoknyer pun tak de tanda2 bleeding ke cuma baby kurang menendanggg... sampai mama yang tertunggu-tunggu tak macam selalu.
2 hari jugak baby dok senyap jekk.. masuk hari ke-3 baru la baby aktif bergerak macam biasa.... agaknyer baby pun terkejut kott.. siannn kat baby jugak.

Sorry ye baby. Mama tak sengaja lahh.. macamana ntah boleh tergelincir. Mama pun tak pernah terimagine dalam kepala bleh teraccident cam tu. Lain kali mama lagi berhati-hati ye sayanggg...
nasib baik baby mama ni very stronggg.... Mama love you so muchhhh baby....!


Tuesday, 31-Jul-2007 09:54 Email | Share | | Bookmark
July 07'

Peace...!!!
Dah bujang dah Danish ni yekkk
'Abangg...'

July 2007
Danish masuk 2 tahun 3 bulan (8th July 07). Danish sekarang suka dan pandai menyanyiii..
Lagu yang paling dia hafal liriknyer ialah lagu 'Burung Kakak Tua'... lagu ni asalnye arwah nenek
Pahang yang suka ajar dan nyanyikan dulu-dulu. Sampai sekarang liriknye pon Danish dah boleh ingat cuma pelat skettt bunyinyerr.. hehe

Selain lagu ni Danish suka nyanyi lagu 'Twinkle Twinkle little star' & lagu 'Papaku pulang dari kota'.
Tapi 2 lagu ni dia sambung kat hujunggg jekkkk..wakakakak. Kalau lagu 'TTLS' tu dia suka sangat part yang sebut '...shkaiiiii' (sky-dengan intonasi) dalam lirik 'like a diamond in the sky' dan kalau lagu 'PPDK' suka la sambung hujung '...Kota, merahh, sekolah...' huhuhuhuhu
Dan lagi satu, wirid yang Danish dah boleh dendangkan
'La illa ha Illallah..
La illa ha Illallah..
'La illa ha Illallah..
muhammadur rasullulloh..'

Sebab wirid ni papa & mama suka dendangkan sebelum Danish tidurr... zzZzzZzz. Sekarang kalau nak tidur kenkadang Danish dendangkan sendirii..

Dan lagi, Danish dah mula terima pengaruh TV.
Kalau ditanya
Mama : 'Danish dimana...?'
Danish : 'Di shini ni (disini)... shempoiiiiii...!!!' *sambil buat tangan macam AC disini tapi jarinyer kembangg*

Kalau tengah main-main tu suka sangat sebut
Danish : ' Miska Mooshka... mini moff' (Miska Mooska Mikie Mouse-PHDC)

Suka ikut cakap orang
Mama : 'Danish'
Danish : ' Danish'
Mama : 'Aiman'
Danish : 'Aiman......... budak pandtai..!!!'

Dah pandai puji memuji
Contoh kalau mama pakaikan baju baru
Danish : 'Shantikk...shantikkknyerrrrr...!' *cantiknyerrrr sambil gosok-gosok dada (baju baru tu lah)*
kekadang dalam kereta Danish yang suka duduk kat tgh antara seat mama & papa,
Danish : 'Ma ma.. shantik... shantikknyerrrr...'
Mama : ' Ye kerrr.. cantik kerr..?'
Danish : 'shantik...!' *Angguk-angguk sambil tunjuk keronsang mama kat bahu kanan*
Mama : Cehh... keronsangnyer ke yang cantikk.. sabor je laaa. Muakakakakak

Yang tak berapa patut nyerrrr.. masih tersasul-sasul panggil mama & papa.. kekadang OK, kekadang mama dipanggilnyer papa, papa dipanggil nyer mama... iskk iskk iskkk.. tak patut tak patutttt...

Dan yang terakhir sekali... dah pandai komplen kalau channel TV yang kita pilih bukan channel yang dia berkenan...amboiiiii!!

Untuk koleksi lagu kanak-kanak, layari http://www.mywebsfree.com/dearhaniey/dodoi.html


Bila tengok gambar ni, mama rase macam dah bujang sangat jek anak mama nihh..huhuhu


Thursday, 31-May-2007 05:08 Email | Share | | Bookmark
May 07'

Elo elo atukk.. bila nak datang umah Danish ni..?
Reading time....
Aksi stunt Danish.. bahye nih!

Kanak-kanak riang colgate!

Lamer tak update FP Danish nih. Lately busy sket settle kan kenduri Pak Lang Danish
lst 3rd June. Now everythin' dah settle, Mama & papa pun dah lega skettt cumer penat wat kenduri tak ilang lagi..

Anyway, sebelum lost from memory let's mama update Danishnye skill improvement
May 07 Danish masuk 2 tahun sebulan... sejak umur Danish cecah angka 2 ni mama rasa mulut Danish dah makin bechok berceloteh dan dan makin berbutir celotehannyer tuhh.. dah boleh la sembang2 sket ngan Danish compare ngan previous. Kalau Danish sebut 2-3 patah perkataan tu selalunye bleh paham lagi.. TAPI kalau dah more than 3 words normally ujung2 ayat tu tah apa-apa tah disebutnyer mama dah tak pahammm.... . Tapi mama proud that vocab Danish makin bertambah dari sehari ke seharii

Note 1 :
Mama perasan almost word yang ada huruf 'S' bila Danish sebut mesti jadi 'sh' bunyinyer .
contoh panas = panash, sakit = shakit etc


Sekarang dah pandai buka seluar sendiri.. baju pandai angkat keatas je tapi belum pandai tanggalkan sendiri. Memula memang seronot tengok, asal nak pegi toilet je suh Danish buka seluar dah pandai buka sendiri... tapi lama-lama pantang tengok orang masuk toilet... bukak je pintu toilet nak keluar mesti Danish dah tercongok depan pintu tu & seluar dah tanggal siap-siap

Note 2 :
Pantang orang sebut nak mandi.. kalau mama cakap

Mama : "Okey, Danish main ye. Mama nak mandi dulu"
Danish : "Nak mandi.. nak mandi"
Kejap lagi dia pulak sibuk-sibuk tunggu depan bilik air, tanggal seluar dan angkat baju dia suruh orang tanggalkann..berapa kali mau mandi daaaa...sabor je laaaa

DAN satu lagii... suka sangat puji diri sendiri... dulu kalau Danish buat apa2 good things mama & papa akan tepuk tangan dan puji Danish "..pandaii!!!". La ni, Danish pulak yang suka masuk bakul angkat sendiri.. pantang buat benda elok sket(which is sometimes 'not really' good also) dia dah sengih2 tepuk tangan dan sebut "..pandtaii!!!." kat diri sendiri. Ye la tu..pandai sangatttt...!

Style Danish tengok TV

Bila rumah jadi 'taman permainan'....

Kus semangattt...!


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net