Welcome to the world of Danish & Dania

By: Danish Aiman and Dania Aliesya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 3-Jun-2008 06:05 Email | Share | | Bookmark
June 08'



Kali ni nak hapdet gambar Danish and Dania in March lepas... asyik masuk entry ntah hapa2 plus mama enterframe lagi last2 monthly update diaorang yg tak hadpett.. ekekkeekek









Quote:
Ok we start from Dania, in March 08 Dania was 6 months old. At that age berat Dania 7kg sa-ha-ja.. tak chubby sangat pun walopon masih susu badan.. ekekekeke. Meaning, Dania masih fully breast feed. Tapi start 6 month tu Dania dah start
makan bubur/ceral.. nutrikids & nestum stage 1. Biasanyer bancuh dlm botol susu je. Laju sket dia perabih..
Dah masuk dalam walker... mama pun lambat2 je masukkan dlm walker. Sekali bila masukkan steady je Dania duk dalam tu...tegak je badan dia tak yah nak sendal2 bantal cam Danish dulu sampai mama terfikir, aik... aku ke yg lambat masukkan
Dania dalam walker ni..? he he
Berguling memang sangat expert la kan and new skillnyer mengesot cam tentera tuh! and Danish dah makin sayang kan adik
instead of bullying her. Terserlah tak kat pic2 ni..? hehehehe








Quote:
Danish pulak makin terserlah la sifat2 ke'abang'annyerrr.. kekadang rajin jadi 'teacher' pada adik. Dania pulak cam 'Abang ku Idola ku ' la pulakk ekekkee. Lagi, sekarang ni kalau bercakap dah makin sedap bunga2 bahasanyer.
contoh kalau bertanya
Danish : 'Mama.. apa tu mama..?'
Mama : 'pen drive'
Danish : 'Ooohhh.. pen drive ye mama..?'
jap2 lagi
Danish :'ye ker mama..? ye ke..? pen drive ye mama..? oooooOoooohh... '

This piccas taken hari cuti lepak2 kat rumah, layan Danish 'menconteng' buku. Kalau mengaler tu suka sangat warna yellow sampai kontot dah! asyik yellow je, semua nak kaler yellow mata telinga badan..
semualah! sabor je la




Thursday, 15-May-2008 08:29 Email | Share | | Bookmark
Company Annual Dinner 2007

Japanese garden..
With ofismate & boss
All lady in Pink!
View all 9 photos...
Happy Mother's Day to all mommies!!

Tersangat lah tak sempat nyer nak hapdet...!
So dari bersawang FP ni mama 'sambar' je lah mane2 gambar yang ada. Ni pun editing ehsan dari Firdaus, ofismate mama. TQ to firdaus...!

Annual Dinner 2007 di buat awal tahun hari tu. Bertemakan Man in Black Lady in Pink.
Mama pulak kebetulan ada Yukata Pink dah simpan 7 tahun! so apa lagi, malas nak pikir beli baju lain
mama pun pakai je lah baju yang dah sedia ada dlm simpanan tu.



Malam tu jugak secara bidan terjun nyer diminta jadi announcer.. ala-ala assistant MC lah lebih kurang. Meaning mana2 acara penyampaian award ke achivement pada staff kitaorang le announce.
Lagi seminggu nak dinner baru tau .. so semua ad-hoc buat .. speech, rehearsal etc sampai malam dinner tu sebenarnyer mama dah dedor2 nak demam.. memang makan panadol pun masa nak start Dinner. Suara dah nak serak. tekak pun dah sakit-sakit.. la pulakkkk..*esoknyer memang terus demam pon!*




Anyway, acara semua berjalan lancar.. at the end of the event - Best Dress annoucement..Tup Tupp tengok Mama lak yang di panggil ke stage!! Warghhh .. memang sungguh tak disangka-sangka..anyway terima je lah dengan senyuman hingga ke telinga.. ehheheheheheh! Hadiahnyerr.. Set perfume Ralph Lauren ouccchhh!!!




Last but not least, malam ni mama & family akan bertolak ke Pulau Tioman..!! 4 hari 4 malam.. eceli Family day company Papa.. so anggap je la sempena mother's day dan father's daykitaorang.. ekekekke. Dania pun first time nak gi pulau nih!




Tuesday, 29-Apr-2008 02:23 Email | Share | | Bookmark
Kena TAG!!



Touch of nature..

This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!

Do not delete any of the links and be honest to yourself!

************************************************************
TAG dari Ina


1) leezsa

2) fiedah

3) zully

4) farah

5) izan

6) ita

7) lieya

olie

9) kak daalia

10) yana

sudi2 lah terima bunga kantan nih yer
*******************************************************************************************************************
Thank you Ina! Izan pun jarang tengok bunga ni kembang. Selalu belum sempat kembang dah buh dalam asam pedas ke kuah laksa.. yum! yum! yum!
Anyway, Izan pun nak TAG kawan-kawan, so Izan pun pick randomly seperti dibawah
*Rasa cam nak tag Ina balik pun ader.. ekekekek*

1. Cak ~ Ana http://cakcibur.fotopages.com/

2. Cik Noora http://umeboshi-ume.blogspot.com/

3. Ezwan http://ezwann.fotopages.com/

4. Sam http://samcun.fotopages.com/

5. Kay http://kaymie.fotopages.com/

6. Farah http://farahbakty.fotopages.com/

7. Zaki Iskandar http://fizieee.fotopages.com/

8. Wawa http://amsyar.fotopages.com/

9.Hada http://allabouterina.fotopages.com/

10. Farah http://ejey.fotopages.com/

11. Rosita http://koboimon.fotopages.com/

12. Aleyn http://nur-aleyn.fotopages.com/

Sudilah terima yerr..!


Wednesday, 9-Apr-2008 04:14 Email | Share | | Bookmark
Happy 3rd Birthday Danish...!!!

 
 






Happy Birthday to you!
Happy Birthday to you!
Happy Birthday to Danish..
Happy Birthday to youuuu...!





Mama & Papa ucapkan selamat hari lahir yang ke-3 tahun buat hero kesayangan mama & papa, Danish Aiman pada hari ini, 8 hb april 2008. Semoga Danish Aiman terus membesar dengan sihat, cergas, riang dan gembira dengan limpahan kasih sayang mama, papa dan Dania. Kami doakan semoga Danish menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia dan akhirat. We love you so much Danish..!!

Malam tadi celebrate skett.. just kami-kami jek. Balik kerja papa singgah beli Kek Birthday, all accessories (belon, cap etc) and KFC. Malam tu tiup2 belon, sing a birthday song and Danish tiup lilin. Seronok sangat Danish & Dania main belon.
Mama : Danish, hari ni hari apa?
Danish : Happy birthday Danish..
Mama : Best tak ?
Danish : Besttt...!
Mama : Danish suka tak
Danish : Sukaaaa...!

Malam tu nak tidur pun dia duk sebut sebut lagi..
'Mama, hari ni happy birthday Danish laa.. hebat la Mama.. hebatt!!!
Seronok sangat2 Danish orang celebrate kan Bufday dia, ada pulak juadah kegemaran, KFC & whipped potato... seronok sakann!!! Mama & papa pun tumpang gembira sayangg..





Tahun in Abang belikan Danish basikal baru sempena hari jadi plus kami belikan Playground untuk Danish and Dania main kat laman rumah. Hari pertama playground di delivered kat rumah sehari suntuk dia bermain.. macam tak nak masuk rumah dah. kawan-kawan danish pun datang bertandang... seronok sakan!!! Sampai malam pun kawan2 nyer datang main ngan Danish...seronok je mama tengok. Danish pulak kalau dia nak main sorang-sorang tak ada kawan mula la dia boring. Kalau dia nampak kengkawannyer kat luar dia panggil la. .. 'kakak.. masuk masuk! jom main! '
Or kalau tak ada orang kat luar jap lagi mula la dia ajak Dania main sekali. Sibuk suh mama ajak Dania main.. kalau mama tak layan dia masuk rumah tolak walker Dania keluar nak suh Dania main jugakk.. Mama cakap kat Danish, Danish suh Dania cepat2 besar yerr.. nanti boleh main ngan Danish. Dia pun duk ikut cakap mama
'Dania.. cepatla besar.. boleh main ngan Danish..'
kekekeke

Buat Danish & Dania, semoga rumah ini menjadi syurga dunia buat kalian berdua... WE LUV YOU SO MUCHHH!!



Last but not least, ni dia greeting card dari mak usu. Tenkiu mak usuuu!!! muaachhh!!




Saturday, 5-Apr-2008 14:54 Email | Share | | Bookmark
4th Anniversarry : Part 2 - ASBTAR vs Sri Semai Bakti

Peninggalan sejarah ASBTAR
Entrance gate
Pagar belakang
View all 27 photos...

12 tahunnn...!!!! Lebih dari satu dekad rupernyer mama tak pernah menjenguk ASBTAR & Kuantan. Kali terakhir mama ke ASBTAR pada tahun 1996 sebelum berlepas utk further study ke Jepun. Ketika mama berkunjung ke ASBTAR waktu itu, sempat menginap satu malam di Dorm D, dorm yang mama duduki ketika Form 5 (1990-1994). Mama masih ingat lagi sewaktu menginap di sana ramai jugak junior2 dari dorm lain yang berkumpul tidur kat 'ruang legar' dorm D. Jadi malam tu ada la sedikit sessi 'ceramah motivasi' yang tak berapa formal . Terima kasih pada K.Ani, warden aspuri pada waktu itu kerana memberi green light utk bekas pelajar cam mama ni menginap kat saner. Dan juga tak lupa pada Puan Raja Azian bekas guru disiplin merangkap guru mentor mama masa sekolah dulu kerana sudi menyediakan 'transport' & 'penginapan' tambahan serta jalan-jalan makan angin di Kuantan. Kem salam kat mama yer Ezwan!

Papa pula kali terakhir pernah menjejakkan kaki ke Kuantan selepas tamat degree iaitu ketika mencari peluang pekerjaan disana. Itu pun kira-kira 7-8 tahun yang lepasss! Nasib baik papa tak dapat kerja kat Kuantan nunn, kalau tak hari ni entah2 mama & papa tak duduk sebumbung agaknyer.. hik hik!



Kesimpulannyer, kunjungan ke ASBTAR & Kuantan kali ini amat bermakna & bernostalgia sekali.
Sebaik menjejakkan kaki ke bumi ASBTAR, yang kini telah pun dibangunkan semula di atas nama Sri Semai Bakti, hati begitu terpegun ! Terpegun melihat bangunan yang didirikan terlalu berbeza dgn ASBTAR dulu. Lebih cantik dan gah. Setelah meminta kebenaran masuk dari security guard yang bertugas, kami terus mencari TUGU!! Adaaaaa..!! hanya inilah satu-satunyer tanda peringatan yang di kekalkan di Sri Semai Bakti kini. Walaupun kelihatan sedikit usang tapi bersyukur kerana sekurang-kurangnyer masih ada lagi 'artifak' zaman ASBTAR yang di simpan. Dengan bantuan dari 2-3 orang junior yang berlegar di sekitar bangunan, dapatlah kami bergambar sekeluarga di tugu peringatan ini. Tak sangka kami dapat kembali ke sini bukan berdua malah berempat!! Alhamdulillahhh..


Lobby Sri Semai Bakti

ASBTAR dulu vs Sri Semai Bakti sekarang
Kami meninjau bangunan baru. Lobi yang lebih luas, dewan makan yang lebih luas, dewan serbaguna yang juga lebih luasss serta lengkap dengan court badminton.. pendek kata semuanya lebih luassss.... Sempat jugak mama melawat dorm aspuri dan bersembang-sembang dengan adik-adik disana tentang perkembangan terbaru Sri Semai Bakti.
Menurut mereka, pengambilan pertama ialah pada tahun lepas, 2007 iaitu pelajar Form 1, Pelajar Form 2 serta pelajar Form 4. Tahun 2008 pula pengambilan pelajar Form 1 & Form 4 maka lengkaplah semua peringkat pelajar dari Form 1 hingga Form 5 tahun ini. Antara perkembangan lain mama simpulkan disini


Domitory Aspuri


Domitory Aspura


Dewan Makan yang lebih luas

Quote:
ASBTAR dulu
- Pelajar di hantar ke sekolah-sekolah seperti SMTA, SMAP, SMART, SABA, MGS, St Thomas.
- Ada gym sukan yang di lengkapi kemudahan seperti court badminton, tapak utk activiti bebas seperti Taek Won Do. Selainnyer disediakan Valley ball court, Netball court termasuk padang bola
- Dewan makan juga berfungsi sebagai Dewan untuk acara2 lain seperti assembly etc.
- Kalau outing pandai-pandai la sendiri - Jalan kaki meredah workshop2 yang bersepah setentang dengan guard house tu. Ingat lagi tak?
- Basuh baju hand-wash. Masih ingat lagi para & singki basuh baju yang ala-ala 'unik' tu. Tidak pernah ku jumpa yang sepertinyer...
- Domitory double storeyy jekk. Puteri 4 Dorm, Putera 4 Dorm. Satu dorm dimuatkan sehingga 40 orang pelajar menggunakan katil 2 tingkat. Junior katil atas, senior katil bawah. Saper yg pernah jatuh katil tuu..!
- TV box di Aspuri diletakkan didalam surau. Bermaksud hanya pada waktu tertentu sahaja dibenarkan menonton TV. Jadual menonton lebih ketat.
- Bilik tuition merangkap bilik prep pelajar puteri dan terletak di bawah Dorm puteri.
Maka nya bila ada tuition, pelajar putera akan masuk ke bilik tuition/prep tu lah.. emmm, macam tak sesuweiii je kan
- Sungai Kuantan betul-betul bertebingkan pagar belakang Aspuri. Pagar dawai je pulak tu.
Jadi suasana belakang dorm tu memang amat menyenang dan menenangkan. Ada wakaf dan kerusi diletakkan dibawah2 pokok untuk lepak2, study or kadang2 tapau tray lunch dari kantin dan makan
tepi pantai berteman kan permandangan muara sungai kuantan dan desiran ombak yang menghempas pandaii. Sungguhhhh mengasyikkan. Aspura pulak, tembok batu jekk.. kesiannn iskk iskkk. Naper ek, kalau pagar dawai takut kena potong kottt. pagar tembok pun ader je yg 'fly' hhehehe.



Tugu unggul


Pagar belakang - tepi sungai kuantan. Sayup-sayup je nampak sungainyer

Quote:
Sri Semai Bakti sekarang
- Pelajar-pelajar di hantar ke sekolah SMART, SABS, SMKA & ASTANA sahaja. Semua sekolah campur. Bermaksud, penghantaran pelajar ke sekolah2 seperti MGS, St Thomas dan SMTA di mansuhkan.
- Tidak ada gym sukan. Tetapi court badminton di letakkan sekali di dalam dewan serbaguna yang lebih luas. Lain-lain court, tak perasan la pulak
- Outing ada bas asrama yang disediakan untuk menghantar dan mengambil para pelajar di satu2 lokasi pada masa yang ditentukan.
- Di Laundry area disediakan dengan washing machine berbayar. Amboiii.. bestt nyerrrr..!
- Land area asrama di bahagian tepi tebing sungai kuantan di anjak beberapa meter ke darat. Kemudian dinaikkan tembok batu di selangkan dengan pagar besi di beberapa area. Bermaksud junior-junior sekarang tak dapat la merasa desiran angin laut dan alunan ombak menghempas pantai macam kami dulu-dulu.
- Lokasi bilik-bilik tuition & bilik prep lebih tersusun. Di dalam bangunan dorm sendiri di sediakan satu bilik study lain.
- Untuk Dorm puteri, juga ada satu bilik khas di panggil bilik TV. Sebab dulu Dorm putera je yg ada bilik TV.
- Domitory 4 tingkat! Amboiiii tingginyerrrrr. Satu Dorm 16 orang tapi bersambung dengan Dorm-dorm sebelah.. maksudnyer ada pintu kat tengah yang sentiasa terbuka untuk bergerak dari dorm ke dorm.
Katil setingkat dan setiap dua katil dibuatkan partition setinggi paras pinggang. Hmm.. yg ni mama musykill sikittt... menarik ke? Gambar takleh nak publish sebab sensored sket.. maklumla ari cuti kann.



Melangkah pulang....




Permandangan Sri Semai Bakti dari Jambatan ke Tanjung Lumpur. Mencabar nak snap gambar ni tau!

So itu jelah sedikit sebanyak yang dapat mama paparkan & ulaskan di sini... panjang lagi cerita tapi takut korang pulak tertidur sambil baca . Harapan mama moga dapatlah warga bekas pelajar ASBTAR melepaskan rindu pada ASBTAR di sini...

Untuk perkembangan lain di Sri Semai Bakti, boleh lah layari
http://alumniasramafelda.blogspot.com

Akhir kata, majulah Sri Semai Bakti untuk negara. FELDA BOLEH..!!!


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net